Pilih Lokasi Anda

Cityliner merupakan pengendali bas henti-henti swasta terbesar di Malaysia, beroperasi di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia khususnya Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor. Dengan lebih dari 700 buah bas yang merangkumi bas mini sehingga bas dua tingkat dan warna khususnya merah dan kelabu, bas-bas Cityliner merupakan nadi yang menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar, kampung ke pekan dengan membawa puluhan ribu penumpang setiap hari. Kami membawa kanak-kanak ke sekolah, suri-suri rumah ke pasar, pekerja ke tempat kerja, dengan jadual perjalanan yang dibuat mengikut keperluan setempat menjadikan kami sebahagian dari kehidupan segolongan besar rakyat Malaysia.

Cityliner juga merupakan perintis kepada beberapa pembaharuan dalam industri bas negara. Berikutan meningkatnya kebimbangan terhadap alam sekitar dan harga minyak dunia yang kian meningkat, Cityliner merupakan syarikat pertama di negara ini yang mengimplementasikan penggunaan teknologi gas asli mampat (CNG) yang membolehkan bas beroperasi menggunakan sumber bahanapi alternatif yang dikenali sebagai gas asli (Natural Gas).

Cityliner juga merupakan syarikat bas berhenti-henti yang pertama memperkenalkan bas dua tingkat (double-decker). Dengan gandaan kapasiti tempat duduk, Cityliner boleh memuatkan lebih penumpang pada satu masa, sekaligus menjadikannya sebagai pemberi perkhidmatan bas henti-henti yang paling efisien.

Untuk memudahkan pengguna mengendalikan wang mereka, Cityliner juga telah memperkenalkan ‘Fast Pass’, iaitu sistem tiket pra-bayar pertama yang mempromosikan cara pembayaran bebas-tunai.

Di Cityliner, kami komited membawa inovasi dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien kepada semua warga Malaysia dari semua lapisan masyarakat!

© 2008 Cityliner|Powered by UESES