Pilih Lokasi Anda

Semua bas berhenti-henti KTB beroperasi di bawah jenama Cityliner tanpa mengira nama syarikat pemegang permit perkhidmatan. Ke semua bas-bas baru kami diwarnakan dengan identiti baru kami, iaitu warna merah dan kelabu.

Sejak tertubuhnya KTB pada Jun 2007, operasi Cityliner diketuai oleh Ketua Divisyen dan dibahagikan kepada lima wilayah/ kawasan seperti berikut:

Cityliner – Wilayah Kelantan

Wilayah ini dahulunya dikendalikan oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) sebuah subsidiari Kumpulan Kenderaan Malaysia Berhad (KKMB) yang dahulunya digabungkan dengan Unit Ekspres di bawah satu potfolio. Kini Cityliner - Operasi Kelantan merupakan sebuah entiti sendirian, yang memberi tumpuan kepada operasi bas berhenti-henti sahaja dengan keuntungan serta kerugiannya dipantau secara berasingan. Cityliner Operasi Kelantan bakal menerima gantian separuh dari basnya dengan bas-bas disel yang lebih baru yang akan dipindahkan dari Cityliner wilayah-wilayah lain secara berperingkat bermula Mei 2008.

Cityliner – Wilayah Utara

Wilayah ini merupakan gabungan diantara Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd, anak syarikat KKMB yang beroperasi di Kedah dengan 3 buah anak syarikat Park May Berhad iaitu The Min Sen Omnibus Company Sdn Bhd, Sam Lian Omnibus Company Sdn Bhd dan Central Province Wellesley Transport Company Sdn Bhd yang beroperasi di Seberang Perai, Pulau Pinang . Dengan pengabungan itu maka terbentuklah satu pasukan pengurusan yang diketuai oleh seorang Pengurus Wilayah yang memberi tumpuan kepada keuntungan operasi bas henti-henti di bahagian utara Semenanjung.

Cityliner – Wilayah Selangor

Seperti wilayah utara, wilayah Selangor terdiri dari gabungan Kenderaan Klang Banting Berhad sebuah anak syarikat KKMB, yang menjalankan operasi di barat daya Selangor dengan empat buah subsidiari Park May Berhad, iaitu Cityliner Sdn Bhd, Kuala Selangor Omnibus Company Berhad, Tanjung Karang Transportation Sdn Bhd dan Kuala Lumpur, Klang and Port Swettenham Omnibus Company Berhad yang beroperasi di barat laut Selangor. Hasil gabungan ini juga mengujudkan satu pasukan pengurusan yang diketuai oleh seorang Pengurus Wilayah yang memberi tumpuan kepada keuntungan operasi bas henti-henti di wilayah ini.

Cityliner – Wilayah Negeri Sembilan

Cityliner- wilayah Negeri Sembilan juga turut menampilkan penggabungan empat anak syarikat Jelebu Holdings Sdn Bhd, sebuah subsidiari Park May Berhad yang beroperasi di barat Negeri Sembilan bersama dua lagi subsidiari KKMB iaitu Starise Sdn Bhd dan unit bas berhenti-henti Syarikat Rembau Tampin Sdn Bhd yang beroperasi di bahagian Timur, Negeri Sembilan. Seorang Pengurus Wilayah dilantik untuk mengawasi keseluruhan perjalanan operasi di Negeri Sembilan dan memastikan keuntungannya. Di samping memberikan perkhidmatan di kawasan-kawasan perumahan dan jalan-jalan utama Negeri Sembilan, Cityliner Negeri Sembilan juga turut menyediakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) dari Seremban, Nilai dan Banting.

Cityliner – Wilayah Pahang

Setelah unit ekspres Syarikat Tanjong Keramat Temerloh Omnibus Berhad, sebuah subsidiari KKMB, dipindahkan kepada pengurusan Transnasional di Wilayah Timur, syarikat tersebut kini hanya menumpukan kepada pengoperasian bas berhenti-henti di bahagian tengah negeri Pahang meliputi Temerloh dan Jerantut.

© 2008 Cityliner|Powered by UESES